MALaQ - Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran

SEJARAH PENUBUHAN

Bermula dari keperihatinan inilah dan hasrat Pengerusi pada waktu itu untuk menghidupkan Masjid Al–I’tisam Taman TTDI Jaya maka terbentuknya jemaah pengurusan dan pentadbiran Maahad Al-I’tisam Litahfizi al-Quran Taman TTDI Jaya yang dianggotai oleh ahli-ahli agama, pegawai kerajaan dan penduduk setempat. Maka terbentuklah sebuah pusat pengajian yang diberi nama Maahad Al-I’tisam LItahfizi al-Quran dan telah dirasmikan penubuhannya oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Ishak Bin Ismail selaku penaung Maahad Tahfiz pada 30 Mei 2001.

FALSAFAH, VISI, MISI, OBJEKTIF, MOTO

FALSAFAH
Membentuk generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan ummah dan Negara.

VISI
Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah pembangunan ummah dan negara.

MISI
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Fardu ’Ain.

OBJEKTIF
Mengeluarkan Huffaz, dan Du’at yang mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.

MOTO
Al-Quran dan Sunnah Nabi pegangan kami

Salam Ukhwah....

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, maka Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran, TTDI Jaya akhirnya dapat membangunkan sebuah blognya sendiri yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat dan informasi terkini mengenai MALAq.


Blog ini dibina sebagai platform bagi kami untuk berdakwah melalui media elektronik selari dengan kemajuan penggunaan internet yang meluas sejak akhir-akhir ini.

Semoga "secalit tinta huffaz" dari kami dapat menjadi madah dari kami untuk anda.




Selasa

Sekitar Maahad

Flashback warga Maahad ini.... Hmmmm













Wakil Malaq ke Peringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah SWT, Malaq berjaya menghantar peserta ke Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor di Dewan MBSA Shah Alam baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, salah seorang peserta kita adik Mohd Amir telah menjadi Johan bagi Kategori 1 hingga 15 Juzu.



Dari kanan : adik Ridzuan, adik Mohd Amir, adik Sabri dan adik Izzul



PENGUMUMAN.....

TEMUDUGA KEMASUKKAN PELAJAR TAHFIZ
PENGAMBILAN BAGI BULAN JUN
DIBUKA SEKARANG
29 APRIL 2008 HINGGA 15 MEI 2008
(Waktu urusan adalah setiap hari KECUALI Sabtu dan Ahad
pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang)
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Ustaz Fahmy Al-Yamani No. H/P: 012-9557776
Ustazah Azidawati Al-Hafizah No. H/P: 012-2740720