MALaQ - Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran

SEJARAH PENUBUHAN

Bermula dari keperihatinan inilah dan hasrat Pengerusi pada waktu itu untuk menghidupkan Masjid Al–I’tisam Taman TTDI Jaya maka terbentuknya jemaah pengurusan dan pentadbiran Maahad Al-I’tisam Litahfizi al-Quran Taman TTDI Jaya yang dianggotai oleh ahli-ahli agama, pegawai kerajaan dan penduduk setempat. Maka terbentuklah sebuah pusat pengajian yang diberi nama Maahad Al-I’tisam LItahfizi al-Quran dan telah dirasmikan penubuhannya oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Ishak Bin Ismail selaku penaung Maahad Tahfiz pada 30 Mei 2001.

FALSAFAH, VISI, MISI, OBJEKTIF, MOTO

FALSAFAH
Membentuk generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan ummah dan Negara.

VISI
Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah pembangunan ummah dan negara.

MISI
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Fardu ’Ain.

OBJEKTIF
Mengeluarkan Huffaz, dan Du’at yang mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.

MOTO
Al-Quran dan Sunnah Nabi pegangan kami

Salam Ukhwah....

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, maka Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran, TTDI Jaya akhirnya dapat membangunkan sebuah blognya sendiri yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat dan informasi terkini mengenai MALAq.


Blog ini dibina sebagai platform bagi kami untuk berdakwah melalui media elektronik selari dengan kemajuan penggunaan internet yang meluas sejak akhir-akhir ini.

Semoga "secalit tinta huffaz" dari kami dapat menjadi madah dari kami untuk anda.




Jumaat


Soalan Anda, Jawapan Al-Quran...




KENAPA AKU DIUJI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnyaAllah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya(mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12


http://rusyd-alberlisi.blogspot.com