MALaQ - Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran

SEJARAH PENUBUHAN

Bermula dari keperihatinan inilah dan hasrat Pengerusi pada waktu itu untuk menghidupkan Masjid Al–I’tisam Taman TTDI Jaya maka terbentuknya jemaah pengurusan dan pentadbiran Maahad Al-I’tisam Litahfizi al-Quran Taman TTDI Jaya yang dianggotai oleh ahli-ahli agama, pegawai kerajaan dan penduduk setempat. Maka terbentuklah sebuah pusat pengajian yang diberi nama Maahad Al-I’tisam LItahfizi al-Quran dan telah dirasmikan penubuhannya oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Ishak Bin Ismail selaku penaung Maahad Tahfiz pada 30 Mei 2001.

FALSAFAH, VISI, MISI, OBJEKTIF, MOTO

FALSAFAH
Membentuk generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan ummah dan Negara.

VISI
Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah pembangunan ummah dan negara.

MISI
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Fardu ’Ain.

OBJEKTIF
Mengeluarkan Huffaz, dan Du’at yang mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.

MOTO
Al-Quran dan Sunnah Nabi pegangan kami

Salam Ukhwah....

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, maka Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran, TTDI Jaya akhirnya dapat membangunkan sebuah blognya sendiri yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat dan informasi terkini mengenai MALAq.


Blog ini dibina sebagai platform bagi kami untuk berdakwah melalui media elektronik selari dengan kemajuan penggunaan internet yang meluas sejak akhir-akhir ini.

Semoga "secalit tinta huffaz" dari kami dapat menjadi madah dari kami untuk anda.




Jumaat

Sekilas Pandang : Pencapaian Pelajar Maahad

1) Maahad Al-I’tisam Litahfizi al-Quran berjaya di daftarkan dan mendapatkan kelulusan JAIS 1 Sept. 2005

2) Sejak ditubuhkan pada tahun 2001, Maahad Al-I’tisam Litahfizi al–Quran telah mengeluarkan seramai 19 orang pelajar hafiz. Jangkaan akhir tahun 2008 maahad tahfiz ini akan melahirkan 10 orang lagi para huffaz.
3) Tempat keempat Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah-Sekolah Agama JAIS Negeri Selangor tahun 2004.

4) Kejayaan 2005: Pertandingan Hafazan al-Quran

• Johan hafazan al-Quran katogeri 30 juzuk dan 15 juzuk peringkat Daerah Petaling
tahun 2005.
• Mewakili Daerah Petaling hafazan al-Quran katogeri 30 juzuk dan 15 juzuk peringkat
negeri Selangor tahun 2005.

5) Johan azan bagi pertandingan anjuran Masjid Negeri Selangor 2007.

6) Kejayaan 2007: Pertandingan Hafazan al-Quran

• Johan dan Naib Johan hafazan al-Quran katogeri 5 juzuk peringkat Daerah Petaling.
• Tempat ketiga hafazan al-Quran kategori 15 juzuk peringkat Daerah Petaling.
• Naib Johan hafazan al-Quran katogeri 5 juzuk peringkat negeri Selangor mewakili
Daerah Petaling.

7) Kejayaan 2008: Pertandingan Hafazan Al-Quran

1 Khairul Amir Zahidi Kategori 15 Juzuk
* Johan Daerah KualaLangat
* Johan Mewakili Negeri Selangor di peringkat Kebangsaan (Saguhati)

2 Mohd Izzul Zahidi Kategori 15 Juzuk
* Naib Johan Daerah Hulu Selangor
* Johan Daerah Gombak
* Negeri Tempat ke-4

3 Mohd Shabri Mohd Khalil Kategori 5 Juzuk
* Johan Daerah Klang
* Negeri Tempat ke-4

4 Mohd Ridzwan Kategori 5 Juzuk
* Naib Johan Daerah Kuala Langat
* Tempat ke 3 Daerah Petaling
* Johan Daerah Hulu Selangor
* Negeri Tempat ke-6

5 Hafizuddin Kategori 15 Juzuk
* Naib Johan Daerah Gombak
* Tempat ke 3 Daerah Kuala Langat

6 Mohd Zukhair Kategori 5 Juzuk
* Tempat ke 3 Daerah Kuala Langat

7 Mohd Shafiq Mading Kategori 5 Juzuk
* Tempat ke 3 Daerah Petaling