"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah swt tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan barangsiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)
MALaQ - Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran
SEJARAH PENUBUHAN
Bermula dari keperihatinan inilah dan hasrat Pengerusi pada waktu itu untuk menghidupkan Masjid Al–I’tisam Taman TTDI Jaya maka terbentuknya jemaah pengurusan dan pentadbiran Maahad Al-I’tisam Litahfizi al-Quran Taman TTDI Jaya yang dianggotai oleh ahli-ahli agama, pegawai kerajaan dan penduduk setempat. Maka terbentuklah sebuah pusat pengajian yang diberi nama Maahad Al-I’tisam LItahfizi al-Quran dan telah dirasmikan penubuhannya oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Ishak Bin Ismail selaku penaung Maahad Tahfiz pada 30 Mei 2001.
FALSAFAH, VISI, MISI, OBJEKTIF, MOTO
FALSAFAH Membentuk generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan ummah dan Negara.
VISI Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah pembangunan ummah dan negara.
MISI Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Fardu ’Ain.
OBJEKTIF Mengeluarkan Huffaz, dan Du’at yang mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
MOTO Al-Quran dan Sunnah Nabi pegangan kami
Salam Ukhwah....
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, maka Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran, TTDI Jaya akhirnya dapat membangunkan sebuah blognya sendiri yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat dan informasi terkini mengenai MALAq. Blog ini dibina sebagai platform bagi kami untuk berdakwah melalui media elektronik selari dengan kemajuan penggunaan internet yang meluas sejak akhir-akhir ini.
Semoga "secalit tinta huffaz" dari kami dapat menjadi madah dari kami untuk anda.
Jumaat
Siri Ceramah - Bukan sekadar di masjid
Tenaga pengajar MALAq juga terlibat dalam siri ceramah di pejabat-pejabat persendirian selain dari di surau dan masjid. Uslub dakwah semakin diperluaskan.
Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang derma dan sumbangan dari pihak anda semua. Sebarang derma bolehlah menghubungi pihak Maahad Tahfiz atau terus ke akaun Maybank 5124 7310 6397
Tiada ulasan:
Catat Ulasan