MALaQ - Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran

SEJARAH PENUBUHAN

Bermula dari keperihatinan inilah dan hasrat Pengerusi pada waktu itu untuk menghidupkan Masjid Al–I’tisam Taman TTDI Jaya maka terbentuknya jemaah pengurusan dan pentadbiran Maahad Al-I’tisam Litahfizi al-Quran Taman TTDI Jaya yang dianggotai oleh ahli-ahli agama, pegawai kerajaan dan penduduk setempat. Maka terbentuklah sebuah pusat pengajian yang diberi nama Maahad Al-I’tisam LItahfizi al-Quran dan telah dirasmikan penubuhannya oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Ishak Bin Ismail selaku penaung Maahad Tahfiz pada 30 Mei 2001.

FALSAFAH, VISI, MISI, OBJEKTIF, MOTO

FALSAFAH
Membentuk generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan ummah dan Negara.

VISI
Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah pembangunan ummah dan negara.

MISI
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Fardu ’Ain.

OBJEKTIF
Mengeluarkan Huffaz, dan Du’at yang mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.

MOTO
Al-Quran dan Sunnah Nabi pegangan kami

Salam Ukhwah....

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, maka Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran, TTDI Jaya akhirnya dapat membangunkan sebuah blognya sendiri yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat dan informasi terkini mengenai MALAq.


Blog ini dibina sebagai platform bagi kami untuk berdakwah melalui media elektronik selari dengan kemajuan penggunaan internet yang meluas sejak akhir-akhir ini.

Semoga "secalit tinta huffaz" dari kami dapat menjadi madah dari kami untuk anda.




Jumaat

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H

1 ulasan:

rusyd berkata...

Alhamdulillah... Hari ni last keje. Petang ni nak balik Perlis. Kat Maahad, Ust Daud raya sini, Abg Yeh balik raya ngan bini dia kat Taiping, Ust Mat dan Din balik Thailand, Ust Shukri ngan Ust Fahmy balik Kelantan... Selamat menyambut hari raya semua... Takbir....